Rawan dalam hatiku tiada siapa yang tahu, aku mohon agar kau mengerti hanya cintamu yang terbaik untukku. Menyebut namamu membuatkan aku terluka tapi itulah upaya aku untuk memadamkan namamu, menyapu ubat pada luka yang telah ditoreh
Aku berteleku lagi, mencari damai ku kira untuk hatiku yang semakin hancur ini. Dalam hati ini, aku semakin terdesak…bukan apa disebabkan aku merasakan aku semakin kesunyian yang cuba aku belahkan ia. Aku kira aku takut pada bayanganku sendiri.
Sejauh mana aku berlari, sejauh itu kenangan itu menghambat diriku ini, mengapa sukar aku melupakannya. Takkan hanya dia sahaja yang layak untukku. Berikanlah aku kekuatan melawan semua ini ya Allah! Sedarkan diriku yang kerdil ini, cinta kepada Allah lebih dari segala-galanya.
Alangkah susahnya perjalanan ini, semakin laluan sukar untuk kujumpai. Salahkah aku tetap menyayanginya, mengharap dia kembali ke sisiku walau aku rasakan ia mungkin sukar bagiku, kawanku dimanakah dikau sekarang.
Sepi adalah peneman setiaku, tapi aku tahu hanya kepada Allah tempat ku mengadu, mengapa aku masih mengelaknya, aku gagal dalam melaksanakannya.
Bagaimana aku akan aturkan hidupku jika aku belum mahu putus asa dalam meninggalkanmu, meminggirkan namamu dalam pahatan hati ini. Terkadang terdetik dalam hati mengapa cinta itu degil, mengapa cinta itu datang lagi mengapa cinta itu keras, atau aku yang sayang untuk melepaskan dia pergi. Kekadang hati aku sunyi dan sepi.
No comments:
Post a Comment