Pada mulanya pabila aku mendengar yang kau sudah melengkapi kehidupanmu, sudah berjumpa idaman hati, airmataku mengalir laju, bagaikan tidak boleh dihentikan.
Aku tahu yang impianmu telah menjadi kenyataan, kau telah mendapat apa yang telah menjadi igauanmu yang tidak mampu aku berikan padamu pada ketika itu.
Mengapa kau menyepi setelah kau berjumpa permata hatimu itu ataupun kau sengaja bersembunyi disebalik cahaya, mengangankan kehidupan yang serba indah tanpa kehadiran aku sebagai pelangi petang.
Aku mengharapkan sebelum kau melangkah ke depan, kau menatap wajahku ini betapa aku gigih melawan kesakitan yang belum tentu aku mampu tanggung sebenarnya, dan aku mahu kau mengingatinya bahawa segala keputusan yang diambil adalah benar dan tidak mengecewakan.
Tidak mengapa, aku akan teruskan hidup mencari seseorang sebagai pengganti, bagaikan kau jua yang muncul di dalam hidup ini. Tetapi aku tidak mengharapkan sesuatu seperti mana yang aku harapkan daripada engkau, yang terbaik untuk aku persembahkan.
Aku mahu kau berjanji padaku bahawa kau tetap menganggap aku sebagai sahabatmu, dan aku merayu kau jangan lupakan aku dan engkau berkata yang engkau tetap sematkan aku di dalam hatimu.kadang kala kenangan itu menyakitkan tetapi kadangkala ia memberikan semangat yang indah.
Masa berlalu pantas, bagaikan semalam kita bersama dan berpisah. Sedangkan bertahun kita melayar berasingan, membawa destinasi yang tersendiri.
Tiada apa yang hendak dibandingkan dan hendak dirisaukan atapun diambil peduli. Jangan dikesali hidup yang bermakna ini, tiada kehidupan jika tiada kesilapan yang dibuat. Segala kenanngan perlulah disimpan dalam album kenangan untuk tatapan di masa depan.
No comments:
Post a Comment