Sunday, 6 May 2012
Mampukah aku menahannya
Dalam perjalanan aku, kiranya aku telah terpaku di dalam langkahku apabila aku berjumpa denganmu. Aku terlekat kerana aku kira kau memberikan aku jalan yang indah dalam hidupku. Aku berhenti daripada kelelahan selepas kau memberikan aku bantuan untuk terus menghirup udara segar. Betapa untungnya diriku di saat itu. Sebenarnya sebelum aku terhenti di sini aku sebaiknya bertanya terhadap hatiku, kerana aku takut kehilangan sebuah perasaan indah yang sudah mula tumbuh ini.
Aku cuba titipkan cahaya terang, tidak mahu padam di dera perasaan dan masa. Namun sedetik pernah timbul, dapatkah selamanya kita bersama dan menyatukan perasaan kau dan aku.
Aku tidak mahu menghancur hatiku ini selepas aku mengkhabarkan gembira padanya. Namun aku masih tetap mencuba mempertahankan rasa itu, tidak mahu kaki hampa melangkah. Aku cuba menanti matahari keluar dengan perlahan untuk ku temui jawapannya. Hadirnya cinta dalam hatiku adalah suatu perasaan yang termahal kerana cinta ini bukan senang dating dan pergi.
Haruskah aku menyesali atas apa yang terjadi pada kisah kita yang telah kita sulamnya pada citra pagi. Mampukah aku menaham dugaan yang bertandang tanpa rasa simpati. Cuba kau dengar bisikan hati ini, bisikan rindu ini, bicara kasih kita yang masih lagi berlandaskan syariat. Apa yang ku dambakan hanyalah kebahagiaan seperti masa dulu, mengharapkan langit sentiasa cerah dalam perjalanan hidup kita. Bukan tidak mahu onak duri guruh petir yang kadang kala amat jua diperlukan. Ketika rasa bahagia mekar bersemi, dating kilat menyambar rasa itu pergi dan aku terkaku sendirian meratapnya. Percayalah bahawa sekelumitpun tidak pernah hilang rasa itu, yang ada makin mendalam.
Kesedihan dan kesunyian sentiasa melanda dalam diriku ini. Entah mengapa semuanya ini terjadi kerana aku tidak sempat mencari punca setelah kau menghilangkan setelah kau hadiahkan aku matahari dan bulan. Setiap orang aka nada salah dan silap, mana mungkin kita sempurna.
Oh Tuhan tolonglah diriku ini, beri aku jalan agar menggapai sesuatu dalam hidup ku ini. Aku ingin bahagia dan damai singgah di hatiku ini. Aku ingin seperti yang lain tapi apa kan daya ku diliputi kesedihan. Aku tidak ingin mengeluh dengan mengatakan bahawa sampai bila semua ini menghantui hidupku , tetapi adakalanya hati ini nakal menerbitkan rasa itu.
Dimanakah semuanya liku-liku semua ini . Aku harus segera mencari jawapannya. Aku ingin ubati kesedihan dan kesunyian yang melanda dalam diriku ini.
Hatiku terdetik, mengapa kau pergi di saat aku mulai mencintaimu. Aku berharap engkau jadi peneman hidupku sepanjang hayat kita tetapi apakan daya makin ku serum akin jauh kau meninggalkan diriku ini. Sekali lagi aku menyendiri lagi.
Di saat kau tinggalkan diriku pergi, tidak pernah ada lai hati-hariku dihiasi mawar yang wangi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment