Aku sentiasa melihat bayangmu di hujung sana walaupun aku tidak mahu lagi dilindungi oleh dirimu. Aku akui dulu selalu aku khayalkan bahawa impian kita gapai bersama dan kita adalah pasangan yang sempurna. Mengapa kasih menyembunyikan diri, tidak mahu hadir walau hanya dalam mimpi.
Aku ingin sekali membuang rasa resah
ini dan memayungi hatiku dengan rasa ketentuan, menerima takdir yang telah
ditetapkan namun aku selalu tewas dengan rasa kerinduan, betapa terik pedihnya
kadang kala ia tak mampu untuk ku bertahan
Kehadiranmu bagaikan sinar bulan yang memberikan rasa bahagia bertapak di hati ini. Kehilanganmu membuatkan aku rasa terdera dan sakitnya rasa itu. Andainya rindu itu hadir tika kau sudah melangkah pergi dalam diriku sedangkan aku masih mendambakanmu, pintaku biarlah bahagia ini hadir sekali dalam mimpi kita.
Kehadiranmu bagaikan sinar bulan yang memberikan rasa bahagia bertapak di hati ini. Kehilanganmu membuatkan aku rasa terdera dan sakitnya rasa itu. Andainya rindu itu hadir tika kau sudah melangkah pergi dalam diriku sedangkan aku masih mendambakanmu, pintaku biarlah bahagia ini hadir sekali dalam mimpi kita.
Seringkali aku gagal dalam melupakan kisah silam
ini kerana kenangan itu makin kerap berputar menayangkan memori dulu. Masih
lagi aku ingat di saat kau menyatakan kepadaku bahawa kau akan berkahwin dengan
pilihan keluargamu, hatiku remuk dan berderai.
Pabila bulan bersinar dan menyinar alam semesta
ini, hanya diri terpaku dalam menggapai sinaranmu. Aku angankan kau tetap menghulurkan
tanganmu kepada ku dan tidak melupakan diriku ini dan melakarkan rindu yang
tidak tertuai. Lukisan indah selalu dimainkan dalam kotak memori ini dan hanya
dikaulah satu-satunya yang menjadi teman dalam lakaran itu.
Aku bisikkan pada angin lalu yang cinta kita tidak mampu di pertahankan lagi. Aku sematkan dalam diri tidak perlu lagi aku memikirkan tentang angan kita berdua. Akan ku gapai keinginanku walaupun pahit untuk kunyatakan bahawa tanpamu di sisi aku tetap akan tekadkan tujuanku dan aku yakin yang aku mampu melangkah meski tanpamu ada disisiku.
Aku ingin
lepaskan semua itu, kuburkan kenangan yang pahit dan bebaskan diriku dari
belenggu itu. Aku tahu aku jua mampu merangka arah tujuan hidupku meski tanpa
dirimu. Ku akan buktikan, itulah tekadku.
No comments:
Post a Comment