Setiap hari adalah warna pelangi
bagiku. Berjumpa dengan pelajar boleh membuatkan aku tersenyum walau adakalanya
mereka juga membuatkan aku naik angin.
Apabila musim peperiksaan
menjelang, pelbagai rayuan yang diterima.
“Puan, bagilah saya satu lagi
peluang. Saya akan buat betul-betul. Saya sungguh-sungguh menyesal kerana ambil
ringan sahaja,”
Itu dialog terjadi apabila mereka
melihat markah kerja kursus mereka. Ada yang gembira dan ada yang berduka
apabila tidak mendapat seperti apa yang mereka idamkan. Kerja mahu senang tapi
markah mahu gempak.
Adakalanya mereka juga perlu
diberikan pelajaran kerana mereka perlu diberikan pancing, bukannya ikan.
No comments:
Post a Comment