Seperti aku terlupa
Jalan pulang menanti
Seperti aku buta
Tidak nampak arah
Seperti aku bisu
Hanya diam kelu
Seperti aku pekak
Hanya memerhati
Sedang aku lihat
Jendela kehidupan
Makin berdarah
Sedang aku terlupa
Jalan pulang masih terbuka
Sedang aku terleka
Jalan itu hampir tertutup
Dan aku masih lagi di sini
Tiada puncak untuk ku daki
Tiada ruang untuk bercambah
Sesak nafasku di sini
Terkapai mencapai udara
Bagaimana mahu ku teruskan
Sedang aku tiada daya lagi
No comments:
Post a Comment