Situasi 1
“Miss Mazni, ingat saya tak?”
Suara garau lelaki kerbaju seragam hijau mengejutkan Mazni yang sedang merenung
ke muka pintu lif. Semasa dia memasuki lif, dia menyedari lelaki yang berbaju
seragam tetapi dia tidak mengendahkannya.
‘“Bua apa kat sini?” Cuba
memulakan bicara singkat.
“Saya datang menziarahi, saja
bertanya khabar,” jawapannya ringkas.
Lif sudah sampai ke tingkat Sembilan
dan Mazni terpaksa meminta diri terlebih dahulu. Pamitan tanda perpisahan.
Di luar lif menuju ke pintu
masuk, Mazni tersenyum sendirian mengenangkan apabila bekas pelajar masih lagi
mengingati dirinya. Sememangnya dia terkenal dengan garang dan tegas di
kalangan pelajar. Bangga apabila masih ada yang mampu mengingatinya. Terima
kasih ucapannya di hati.
Situasi 2
Sebelum tidur telefon bimbit Mariani
bergetar tanda ada mesej whatsapp masuk. Tangan Mariani mencapainya dan membuka
telefon tersebut. Ucapan selamat malam daripada bekas pelajarnya, Shamini yang
sentiasa menemani malam nya sejak akhir-akhir ini.
“Selamat malam Cik Mariani,
semoga mimpi yang indah-indah,” ucapannya yang tidak pernah gagal masuk ke peti
pesanannya.
“Terima kasih Shamini, awak
sentiasa menceriakan saya,” balas Cik Mariani sambil tersenyum menaipnya.
Selalu Mariani sedang dalam berduka,
dia akan menerima kiriman kata-kata yang indah. Rupanya ada yang sentiasa
menceriakan hidupnya. Baginya Shamini menghargai dirinya adalah anugerah yang
terindah dalam hidupnya.
Situasi 3
“Kumar, awak dah dapat result?”
tanya Cik Maizan kepada bekas pelajarnya.
“Miss, terkejut saya sebab miss
tanya,” balasnya ringkas sambil meletakkan beberapa emoji yang berbentuk tanda
tanya.
“Bukan apa, saya tengok awak tak
update tentang result. Selalunya awak akan update dalam facebook dan berkongsi
dengan kenalan awak,” balas Cik Maizan.
“Hahaha…miss pun perasan. Miss ni
pemerhati yang baik,” balas Kumar.
“Saya selalu mengikuti
perkembangan awak, selalu berjalan dan makan-makan,” pantas tangan Maizan
mengusik pelajarnya.
“Miss, result saya belum keluar.
Katanya hari khamis ini. Doakan saya mendapat Dean List lagi ye Miss. Saya
ingin membuktika kepada kedua ibu bapa saya, yang saya tidak mengecewakan
harapan mereka,” panjang pula penerangannya.
“Saya sentiasa mendoakan yang
baik-baik untuk pelajar saya. Semga terus cemerlang ye” kata-kata penamat untuk
hari tersebut.