Sunday, 5 March 2017

Gelagat Pelajar


Situasi 1
“Miss Mazni, ingat saya tak?” Suara garau lelaki kerbaju seragam hijau mengejutkan Mazni yang sedang merenung ke muka pintu lif. Semasa dia memasuki lif, dia menyedari lelaki yang berbaju seragam tetapi dia tidak mengendahkannya.
‘“Bua apa kat sini?” Cuba memulakan bicara singkat.
“Saya datang menziarahi, saja bertanya khabar,” jawapannya ringkas.
Lif sudah sampai ke tingkat Sembilan dan Mazni terpaksa meminta diri terlebih dahulu. Pamitan tanda perpisahan.
Di luar lif menuju ke pintu masuk, Mazni tersenyum sendirian mengenangkan apabila bekas pelajar masih lagi mengingati dirinya. Sememangnya dia terkenal dengan garang dan tegas di kalangan pelajar. Bangga apabila masih ada yang mampu mengingatinya. Terima kasih ucapannya di hati.

Situasi 2
Sebelum tidur telefon bimbit Mariani bergetar tanda ada mesej whatsapp masuk. Tangan Mariani mencapainya dan membuka telefon tersebut. Ucapan selamat malam daripada bekas pelajarnya, Shamini yang sentiasa menemani malam nya sejak akhir-akhir ini.
“Selamat malam Cik Mariani, semoga mimpi yang indah-indah,” ucapannya yang tidak pernah gagal masuk ke peti pesanannya.
“Terima kasih Shamini, awak sentiasa menceriakan saya,” balas Cik Mariani sambil tersenyum menaipnya.
Selalu Mariani sedang dalam berduka, dia akan menerima kiriman kata-kata yang indah. Rupanya ada yang sentiasa menceriakan hidupnya. Baginya Shamini menghargai dirinya adalah anugerah yang terindah dalam hidupnya.

Situasi 3
“Kumar, awak dah dapat result?” tanya Cik Maizan kepada bekas pelajarnya.
“Miss, terkejut saya sebab miss tanya,” balasnya ringkas sambil meletakkan beberapa emoji yang berbentuk tanda tanya.
“Bukan apa, saya tengok awak tak update tentang result. Selalunya awak akan update dalam facebook dan berkongsi dengan kenalan awak,” balas Cik Maizan.
“Hahaha…miss pun perasan. Miss ni pemerhati yang baik,” balas Kumar.
“Saya selalu mengikuti perkembangan awak, selalu berjalan dan makan-makan,” pantas tangan Maizan mengusik pelajarnya.
“Miss, result saya belum keluar. Katanya hari khamis ini. Doakan saya mendapat Dean List lagi ye Miss. Saya ingin membuktika kepada kedua ibu bapa saya, yang saya tidak mengecewakan harapan mereka,” panjang pula penerangannya.
“Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk pelajar saya. Semga terus cemerlang ye” kata-kata penamat untuk hari tersebut.



 Image result for mahasiswa




No comments:

Post a Comment