Monday, 10 April 2017

Jangan bunuh matahariku

Matahari masih galak bersinar seperti biasa walaupun adakalanya malu tersipu dan membiarkan aku merindui cahaya tersebut. Pabila matahari enggan keluar, air mata hujan sentiasa menemaniku, membuatkan aku rindu pada cahaya itu.

Sekiranya permulaan hari itu aku tidak melihat matahari, hidupku biasa-biasa sahaja tetapi selepas melihat matahari, aku semakin efisien dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Ajaib bukan? Itulah kuasa matahari yang mampu memberikan cas tambahan, semangat membara dan membakar motivasi diri.

Matahari itu bagaikan cas elektrik yang akan membekalkan tenaga kepadaku sehingga ia terbenam bersama tenggelamnya impianku pada hari itu. Kembalinya bersinar memberikan peluang kedua untuk terus aku mencipta angan. Itulah kehidupan aku sekarang ini.

Adakalanya terfikir untuk aku berhijrah meninggalkan di mana pernah aku mengharapkan sebuah cinta. Dambaan cinta yang tidak kesampaian adakalanya mampu meremukkan hati ini. Namun aku tidak berdaya mengatur langkah yang teratur. Aku biarkan ia berlalu pergi bersama sisa yang masih lagi tidak mampu ku tepis.

Related image

No comments:

Post a Comment