"Saya dah tukar empat kali ustaz ataupun ustazah. Mereka semua tak tahan dengan saya. Mereka kata saya lembap. Mummy saya sangat marah tau ustazah," Faiz bercerita dengan panjang lebar.
Patutlah Faiz tidak khatam, rupanya peringkat pertama mengenal huruf pun dia gagal. Mengapa perlu garang dan tidak sabar dalam mendidik dan mengajar anak. Sebenarnya jika kita boleh mengajar sehingga dia pandai boleh menyebabkan kita mungkin mendapat pahala berganda dunia dan akhirat.
Rata-rata yang tidak khatam kerana pindah sekolah, tidak suka dengan ustaz dan ustazah, mungkin ini disebabkan dalam kelas mengaji terlalu ramai sehingga tidak dapat fokus. Ada yang pergi sekolah agama sekadar mengisi masa lapang. Usaha ini perlu diterapkan oleh ibu bapa.
Kesedihan melihat ramai anak muda zaman sekarang yang masih gagal membaca al quran dan ini membawa mereka meninggalkan al quran, tiada rasa cinta pada qalamullah. Inilah perjuangan sekarang, mengajar mereka mengenali al quran dan mencintainya.
No comments:
Post a Comment