Padamkan rasa ini
Jauhkan ia dariku
Bawalah ia pergi
Takkan ku sesal ia berlalu
Kesalnya jika ia masih di sini
Mahu aku buang
Namun sayang bertakhta
Perlu aku campak ia
Hati ini tergelincir lagi
Puas ku simpan rapi
Jatuh berselerakan
Berkecai
Tidak mahu bekal lagi
Pergilah ….
Aku tidak mahu bermimpi lagi
Biarkan aku menangis lagi
No comments:
Post a Comment