Rintik hujan jatuh di halaman rumah telah menyedarkan aku bahawa aku masih lagi berduka. Bagaikan mengerti kesedihan ini sedang melanda diri ini. Aku biarkan manik air mataku membasahi pipi ini, walau ku sapu namun ia makin laju menuruninya.
Takdir ini sukar untuk difahami, betapa aku cuba meletakkan perkataan redha dalam diri ini. Takdir ini melukai hati ini walau aku berjanji bahawa aku tidak akan kecewa lagi. Walau beratnya menduga, menguji hebatnya ketulusan cinta kita berdua namun aku tahu tiada sinar dalam hidup ini. Kita akan tetap mengambil jalan masing-masing.
Tiada lagi sinar matahari yang menerangi hati ini, betapa kelamnya rasa hari-hari yang mendatang. Dapatkah aku mengeringkan air mata ini?
Aku hanya mampu berserah kepadamu Tuhan agar memberikan aku kekuatan dalam menempuhi hari-hari ini.

No comments:
Post a Comment