Masa yang datang belum mampu mengubat lukaku ....
Ketika Aini balik kampung beraya, seperti biasa ayat yang tidak jemu di ulang
"Tiada sapa-sapa lagi ker?" Tanya sepupu sepapat Aini apabila ada peluang berbual.
Kaget Aini seketika walaupun sudah diduga persoalan tersebut. Namun apa jawapan yang terbaik patut diberikan.
"Tidak cuba berkenalan melalui internet ker?" Sambung mereka lagi yang membuatkan hilang rasa selera Aini terhadap makanan kegemarannya.
"Belum ada jodoh kot" pendek sahaja Aini membalasnya, tidak mahu mengecilkan hati saudara maranya walaupun pertanyaan itu bagaikan pisau belati menoreh hatinya.
"Abang long, abang ngah dan abang chik, tiada calon ke untuk adik awak ni?" sepupu Aini bertanyakan soalan kepada abang-abang Aini pula.
Abang-abang Aini hanya saling pandang memandang sahaja, tiada jawapan yang terluah dari mulut mereka.
Pertanyaan itu pasti akan berlanjutan selagi Aini belum mendirikan rumahtangga. Begitulah adat manusia.
No comments:
Post a Comment