Kesunyian boleh membunuh jiwa
ini. Sekarang ini perasaan sunyi semakin menjadi-jadi dalam kehidupan Alma.
Sebelum ini pada awal 30an Alma tidak melihat sebagai satu isu. Kerana ketika
itu Alma hanya berserah pada Allah SWT semata-mata untuk jodoh, tiada usaha
yang bersungguh sebaliknya merasakan rendah diri kerana tidak dikurniakan
kecantikan, gigi jongang siapa yang mahu, perkara utama yang akan dilihat oleh
lelaki-lelaki semua. Lagipun ketika itu masih ramai rakan yang sama senasib, boleh
keluar bersama pada hujung minggu, jalan-jalan cari makan.
Tetapi sekarang kesunyian itu
semakin menjadi-jadi. Mungkin kawan sepejabat sahaja, meneman di pejabat sahaja
tiada kawan sejati yang boleh keluar makan-makan dan keluar hujung minggu
seperti sebelum ini. Apabila sentiasa skrol facebook dan Instagram, melihat
kebahagian yang di tayang oleh rakan-rakan menimbulkan rasa cemburu. Tertanya
di dalam hati, mengapa diuji begini. Hati mula tawar dan sudah bagaikan mati,
semakin jauh daripada Allah SWT.
Alma merasakan ini semua
permainan syaitan yang sengaja memberikan keresahan dan mula timbul rasa
keceewa yang melampau. Dan ini boleh menyebabkan bisikan untuk membunuh diri.
Astagahfirullahiladzim. Semoga dijauhkan semua ini.
No comments:
Post a Comment