Wednesday, 23 June 2021

Sepi dalam hati

 

Peritnya jiwa ini menahan rasa ini, bagaikan terus bermimpi melalui hari-hari yang penuh duka. Pedihnya jalan berduri yang aku langkahi ini. Gentar melalui keseorangan dalam kelam.

Tapi ku katakan takkan pernah aku mengala, berserah pada takdir yang tertulis. Aku mahu berdamai dengan takdir tapi aku jua yang berusaha untuk terus berlari mencuba mendaki gunung yang licin itu.

Kecewa …kebiasaan dalam kamus hidup ini.

Sepi dalam hidup adalah kamus hidup ini. Namun senyum tetap hadir mewarnai hidup ini.

Putus ada….kadang kala ada tapi tetap kena teruskan hidup ini

Mengertilah kehidupan….tidak semua yang kita ingini kita akan dapat.

Sejarah hidup yang kelam perlu kita padamkan, hanya biarkan memori yang indah menghiasai kanvas kehidupan sahaja supaya kita tetap teguh berdiri.

Saat aku berbicara sendirian, air mata ini berguguran, aku kelu seketika. Inikan yang aku perlu hadapi seorang diri?

Duri dan ranjau yang muncul telah berjaya aku tepis untuk tetap aku melangkah. Tapi ada saatnya aku terluka dan terduduk menangis terhenti perjalanan ini.

Rantaian sunyi cuba ku rungkaikan….aku perlu kuat mengharungi kehidupan ini. Demi sebuah perjuangan, aku harus tabah meghadapi, hindari halangan.

Kadang kala cinta baru mahu tumbuh,keluar tunas terus dicantas….kuatkan aku?

Kadangkala rindu baru disirami bayu, dating angin membawa pergi, mampukah aku?

Sirna hidup ini….

Bagaimana mahu ku pujuk hati ini agar jangan mudah kecewa?

Selalu aku tersakiti ….itu biasa

Selalu aku terluka…itu biasa

Selalu aku terjatuh…itu biasa

Selalu aku tersungkur ……itu biasa

Terima kasih kenangan yang indah …yang mengajar aku erti sebuah kehidupan.

Sendirian aku berbisik….kecewa adalah badai dalam hidup ini.

Aku mahu terus bermimpi, mengecapi bahagia walau sesaat.

 

No comments:

Post a Comment