Tuesday, 20 July 2021

Sabarlah wahai hati

“Ting” Ada bunyi pesanan masuk dalam telefon bimbit Hana.

Segera Hana mengambil telefon bimbitnya di atas meja kecilnya dan membuka kunci telefon bimbitnya.

“Eh siapa pula yang menghantar pesanan ini,” detik hati kecil Hana sambil membaca salam perkenalan yang dihulur oleh Rizal, lelaki yang dikenali melalui laman sesawang mencari jodoh, Hawana.

Senyuman terukir di bibir mungil Hana selepas membaca beberapa baris ayat yang dihulurkan oleh Rizal. Rasa terus berbunga di hati kecilnya. Ada juga orang yang mahu menghulurkan perkenalan kepada dirinya. Hana mengukur dirinya, tidak lah sempurna seperti wanita lain. Dia meneliti kembali wajahnya di cermin besar ruang tamunya. Akhirnya dia tergelak kecil.

Baik aku balas, detik hati kecilnya sambil mengetip papan kekunci telefon bimbitnya. Perkenalan berjalan lancer berbalas pesanan sekiranya mempunyai waktu terluang. Tiada apa pengharapan yang diberikan, hanya sekadar berkawan untuk melihat adakah ada keserasian antara mereka berdua.

Pada malam sabtu, Rizal meminta izin untuk membuat panggilan telefon mahu berbicara beberapa perkara. Di situ permulaan, perbualan dari satu topik ke satu topik sehinggalah terserlah pemikiran mereka berdua. Akui mereka berdua mereka serasi.

Keesokannya Rizal megajak Hana berjumpa untuk menyakinakan hati mereka berdua. Seingat Hana, mereka bersetuju untuk makan di sebuah restoren tersohor dihujung bandar.

Pertemuan berlangsung selama sejam, masing-masing ada kerja yang harus diuruskan.

Selepas pertemuan tersebut, Rizal mendiamkan diri menyebabkan Hana mengerti, seperti yang dia takuti dan dia gusari. Lelaki adalah sama, selepas melihat fizikal dengan mata sendiri, barulah berani membuat keputusan. Satu keputusan yang sangat pahit selepas menyerahkan sedikit rasa itu.

Sabarlah wahai hati, pujuknya. 

No comments:

Post a Comment