Rasa ini bagaikan menyesakkan diri ini, bagaimana mahu aku hadapi hari-hari yang mendatang. Lelah aku menghadapi karenah ini
Sia-sia sahaja pengorbanan yang ku lakukan selama ini,
mengapa ini tindakan yang kau lakukan? Adakah aku tertipu dengan tutur caramu,
dengan alasan bahawa kau mencintai diri ini walau bagaimana pun keadaan diri
ini. Semua lelaki sama bagiku, alasan demi alasan diberikan bagi memenangkan diri dan melindungi diri ini.
Bagaimana dengan aku, yang sudah terlanjur mencintaimu?
Kau datang dengan memberikan pelbagai harapan, kau bina harapan bersama. Namun begitu,
kau pergi dan hilangkan tanpa khabar berita, sepi dan diam seribu bahasa.
Jawapanmu bahawa kau tidak mampu memutarkan waktu.
Mengapa waktu yang disalahkan? Sedangkan keputusan telah kau putuskan dari dulu
kan? Katamu jua kau sudah ragu dengan keputusanmu, dan memilih untuk melangkah pergi
jauh dari hidup ini.
Katamu bukan mudah untuk kau putuskan ini namun kau
rasa inilah yang terbaik dalam kehidupan ini. Cinta hanya sesaat sahaja
bertapak dalam kamus kehidupan kita.
Katamu lagi ini bukan alasan untuk kau tidak
mempertahankan cinta ini, takkan mungkin kau memaksa dirimu untuk terus
mempertahankan sedangkan sekelumit cinta telah sirna. Katamu lagi kau sudah lelah
hidup dalam kepuraan
No comments:
Post a Comment