Tuesday, 16 May 2023

Diari Pensyarah Mei 2023

Kisah 1

Usai program yang berlangsung di Taman Prima 1, aktiviti khidmat masyarakat melakukan gotong royong bersama dengan penduduk di situ, Puan Norlia mengajak beberapa orang pelajar menemaninya dia pulang ke kampus.

Sepanjang perjalanan mereka berborak berkisar tentang kehidupan.

“Elly, mengapa awak pilih Universiti Berjasa sebagai pilihan untuk awak meneruskan pengajian,” Tanya Puan Norlia memulakan perbualan.

“Puan, sebelum ini saya belajar di Kolej Kemanusiaan. Saya rasa sangat jauh jurang antara saya dengan pensyarah, tidak seperti begini,” luah Elly yang disokong oleh rakannya yang lain, Melia dan Kuntum.

“Puan, kalau kat kolej lama kami, mana boleh bercakap dengan pensyarah sebegini. Mana boleh dapat nombor telefon, hanya berhubung dengan emel sahaja,” jelas Melia bersunguh meyakinkan Puan Norlia.

“Kami pernah kena marah kerana tidak memanggil gelaran yang betul kepada pensyarah,” luah Kuntum pula.

“Kami takut untuk mengadu apa-apa masalah kami kepada pensyarah, lagipun hanya hal yang berkisar pembelajaran sahaja dibenarkan,” Kuntum menyambung lagi.

“Komunikasi kami hanya melalui emel sahaja, kena peka dengan emel berhubung kelas ganti ataupun kelas batal,” Melia pula menyambung perbualan.

“Kat universiti kita kan Puan…….” Elly memandang ke luar terhenti seketika.

“Kau ni saja nak buat suspen kepada Puan ye,” Kuntum menyiku Elly

“Best sangat….”sambung Elly sambil tersengih-sengih.

Terus pecah derai gelak semua, lucu dengan gelagat Elly.

No comments:

Post a Comment