Wednesday 22 November 2023

Lelaki itu

"Tiada lelaki yang mahu halalkan aku," Asha mengadu sedih pada Liza.
"Belum sampai jodoh lagi," pujuk Liza lembut sambil memegang bahu Asha.
"Saya dah berusaha macam-macam, dah masuk Till Jannah, Baitul Jannah, Baitul Muslim dan yang terbaru aplikasi apa ntah. Tapi semuanya tak ingin berkenalan dengan saya, mungkin saya ni tak cantik gigi jongang, gemuk pulak tu," ada nada kesal dihujung suara Asha. 
"Asha, tak baik tau cakap macam tu. Semua ciptaan Allah ni cantik, dan itu adalah subjektif," tegur Mila yang sebelum ini mendiamkan diri, malas mahu camour tangan dan kenal sangat dengan perangai Asha yang susah menerima teguran. 
Asha menarik muka dan berlalu pergi. Mila dan Liza memandang sesama mereka, sudah dapat mengagak tindakan yang akan diambil oleh Asha

Petang yang dingin disebabkan hujan rintik-rintik tu menyebabkan perut Liza berkeroncong, mengidam pula makan jemput bawang. Liza bergegas ke dapur dan rupanya Asha sedang memasak cucur jagung kegemarannya. 
"Elok lah, aku tengah lapar ni," Liza terus mencapai cucur jagung di atas meja. 
"Eh Hello! Tolong letak balik, tu aku buat khas untuk seseorang la," tegas nada suara Asha menyebabkan muka Liza berubah. 
"Wah, siapakah seseorang yang bertuah, adakah aku?" Tiba-tiba Hana muncul di dapur sambil membawa seplastik buah rambutan. 
"Ada la...." Asha ingin menimbulkan tandatanya. 
Serentak mereka bertiga gelak seakan tahu bahawa jawapan itu sahaja, tiada jawapan spesifik. 


No comments:

Post a Comment