Saturday, 18 January 2025

Sinar bertukar Gelita

 Sebelum ini bulan 10 tahun lepas, nampak sinar bahagia di sudut hati ini. Akan ada orang yang akan menemani hidup ini. Ia berlanjutan sehingga bulan 12 apabila dia memberanikan diri menjejakkan kaki ke rumah ku, mahu meminta izin untuk berkawan dan menjadikan aku sebagai seorang isteri.

Kegembiraan itu seketika sahaja apabila ibu ku memberi jawapan bahawa jika mahu menghalalkan hubungan ini , biarlah musim haji berlalu iaitu lebih kurang 6 bulan lagi. Hubungan ini tergantung dan aku terfikir ini akan menyebabkan kami berdosa dan meragui kemampuan kami dalam menjaga hubungan ini. 

Maka pada 11/1 aku melepaskan segalanya, berjanji akan hubungi balik bulan 6 nanti sekiranya kami ditakdirkan bersama. 

Dan kebetulan gerak hari ibu tertanya mampukah dia membimbing dan memberi nafkah kepada anaknya ini. Perkara ini menyesakkan dada hingga menyebabkan aku rajuk dan mendiamkan diri. 

Aku mengambil sikap mendiamkan diri 

Dan yang paling memeranjatkan aku dia terus delete nombor aku, dia locked profile dalam muka buku, adakah dia tekad atau dia cuba menahan diri. Serahkan kepada Allah, percayalah pada istikharah yang telah aku lakukan dan jua cebisan doa yang ku panjatkan padaMu.

Cuma hati kecil ku tertanya, adakah aku ini tidak layak mengecap bahagia di dunia ini? Pujuk hati, kejarlah akhirat, kejarlah syurga dan kejarlah pahala. Itu yang abadi

Apa yang aku mahu fokuskan sekarang ialah mengerjakan haji , semoga aku dipanggil dan dijemput menjadi tetamuMu pada musim haji 1446H nanti.

Dia adalah ujian yang datang padaku....aku harus terima kenyataan itu. Dua kali dia datang dalam hidup ini.


Terus melangkah melupakanmu

Lelah hati perhatikan sikapmu

Jalan fikiran mungkin kita masih lagi mencari keserasian 

Tak mungkin akan bertahan

Perlahan mimpi rasa menganggu 

Ku rasa perlu menjauh 

Engkau bukan segala 

Bukan tempat ku hentikan langkahku 

Biar hujan hapuskan jejakmu

Ku sangka sinar menjelma 

Pandanganku makin gelap 

Yang memilih aku adalah dirimu 

Tapi aku yang khianati 

Tunggu sahaja bulan 6, penentu segalanya 

Saratnya rindu itu kan 


Friday, 17 January 2025

Rajuk

Tanda Rajuk 

Tanda Protes

Bukan ku tak reda

Bukan ku tak melepaskan 

Tapi aku sedih 

Itulah perasaan aku sekarang ini 

Tiada kata yang mampu ku ucapkan 

Aku tahu aku hambaNya yang lemah 

Aku akur 

Aku terima 

Apa yang telah ditakdirkan 

Walau penuh tanda tanya 

Walau hatiku galau 

Maafkan aku hambaMu yang hina ini 

Wednesday, 8 January 2025

Pesanan

Firdaus, awak tahu tak yang awak masih ada hutang dengan saya? Puan Rohani menghantar mesej ringkas di aplikasi Whatsapp

Hutang apa Puan? Pasal pembentangan tu ke? Saya diberitahu oleh ahli kumpulan yang lain bahawa markah saya kosong. Saya pasrah Puan kerana itu adalah kesilapan saya, balas Firdaus yang menyebabkan Puan Rohani beristighfar panjang. Begitu mudah menyerah kalah dan mengambil mudah. 

Puan Rohani geleng kepala, pernah tak mereka berfikir keputusan nanti, dapat gred yang rendah, bagaimana dengan CGPA , tidak kah mereka terfikir semua itu?

Petang ini Asya dan Adam datang untuk melakukan pembentangan bagi projek akhir mereka. Jadual pembentangan pada minggu lepas tetapi mereka minta tangguh disebabkan mereka telah lama membeli tiket untuk bercuti di Kota London, sebelum mereka mendaftar masuk di kolej lagi. 

Puan Rohani titipkan nasihat supaya banyak bertanya dan tidak hanya mendiamkan diri jika buntu. Mohon bantuan dengan mentor ataupun pembimbing, setiap masalah akan ada penyelesaiannya.