Firdaus, awak tahu tak yang awak masih ada hutang dengan saya? Puan Rohani menghantar mesej ringkas di aplikasi Whatsapp
Hutang apa Puan? Pasal pembentangan tu ke? Saya diberitahu oleh ahli kumpulan yang lain bahawa markah saya kosong. Saya pasrah Puan kerana itu adalah kesilapan saya, balas Firdaus yang menyebabkan Puan Rohani beristighfar panjang. Begitu mudah menyerah kalah dan mengambil mudah.
Puan Rohani geleng kepala, pernah tak mereka berfikir keputusan nanti, dapat gred yang rendah, bagaimana dengan CGPA , tidak kah mereka terfikir semua itu?
Petang ini Asya dan Adam datang untuk melakukan pembentangan bagi projek akhir mereka. Jadual pembentangan pada minggu lepas tetapi mereka minta tangguh disebabkan mereka telah lama membeli tiket untuk bercuti di Kota London, sebelum mereka mendaftar masuk di kolej lagi.
Puan Rohani titipkan nasihat supaya banyak bertanya dan tidak hanya mendiamkan diri jika buntu. Mohon bantuan dengan mentor ataupun pembimbing, setiap masalah akan ada penyelesaiannya.
No comments:
Post a Comment