Friday, 6 June 2025

Rasa itu

Sampai hati dia kan, keluh Anisah lembuy
Kenapa ni? Tanya Mardiyyah apabila melihat muka Anisah berkerut seolah ada masalah yang sangat besar.
Siapa lagi yang membawa masalah lalau bukan Imran, Anisah membentak perlahan.
Apa masalah yang dia bawak lagi?
Akukan dah berjuang , sampai sanggup mengenepikan ibuku, sampai sanggup melukakan hati ibu ku , tapi apa yang dia balas, mendiamkan diri. Ada masalah je diamkan diri. Ingat itu boleh selesaikan masalah, luah Anisah kesal
Berapa lama dia tidak menghubungi kau? Tanya Mardiyyah minta kepastian
Dah dua bulan, setelah kali akhir aku kata kita boleh teruskan, tapi esok nya hilang. Jadi apa maksudnya tu? Anisah berpaling ke arah lain, dan seakan nampak air mata mengalir dari pipinya.
Entahlah, kita kan tak faham lelaki ini. Ada masalah diam, bukan nak berkongsi, malu sebab jatuh maruah. Tapi apa yang dia buat tu akan melukakan hati kita. Oooo lupa, sebab kita ni kan setia, menunggu dia, jadi dia boleh buat apa sahaja. Ni lah masalah dia kan. Perempuan pabila dah sayang susah nak lepaskan.
Itulah kan, geram betul. Tapi kali ini aku kena tekad melepaskan dia. Takkan berpaling lagi.
Ye la tu, macam aku tak kenal kau, Matdiyyah melontarkan bantal kecil tetapi sempat dielak oleh Anisah. 

No comments:

Post a Comment