Aku berhenti berharap selepas aku menerima emel terakhir
From: Burung_Besi@yahoo.com
Subject: Apa khabar?
Salam. Apa khabar? Sudah lama saya tidak mencoret memberikan khabar saya di sini. Sejak akhir-akhir ini saya sukar mengagihkan masa lantaran ada salah seorang pekerja di bawah jagaan saya kemalangan yang meragut nyawanya. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Begitulah kehidupan ini, ada masanya kita juga akan menjejakinya.
Asyik-asyik soalan yang sama awak kemukakan, apabila sampai waktunya saya pasti akan berkahwin. Baik lah, mungkin saya sepatutnya menceritakan sedikit perkenalan saya dengan seorang kawan perempuan. Keluarga saya yang merancang memperkenalkan saya dgn keluarga perempuan tersebut. Perkenalan itu pada mulanya berjalan lancar tetapi kemudian baru saya mengetahui bahawa keluarganya memaksa menerima saya.
Apa yg akan berlaku depan hari saya masih tidak mengetahui. Bertolak dari situ saya mula merancang dan mula memulakan penjelajahan mencari bakal suri. Kalau tanya bila nak kawin, saya cakap secepat mungkin. Tapi itu semua hanya rancangan. Insya Allah semuanya berjalan lancar... dan ... tahun ni insya Allah.
Baiklah, dah banyak celoteh saya ni... Saya doakan awak akan menemui teman hidup yg baik, tak jahat macam saya... dlm masa terdekat. Kita hanya merancang Allah yg menentukan. Insya Allah.
Wassalaaaam
Emel itu kurasa tidak perlu menerima balasan, menandakan aku faham apa yang dimaksudkan. Tindakan drastik daripada emel yang kuterima ialah memadam kesemua kandungan emel yang dihantar olehnya beserta dengan nombor telefon bimbitnya. Mengapa dia yang aku dambakan. Agaknya tersurat bahawa dia tercipta bukan untukku tetapi ada orang lain yang lebih layak untuk menemaninya.
No comments:
Post a Comment