Baru ku tahu selepas mendapat emel tersebut, aku mendiamkan diri, mengharapkan ini sebagai satu mimpi yang panjang dan akan berakhir suatu hari nanti.
Mungkin dalam mencari erti cinta kita tetap akan bersama tetapi mungkin jua derita di jiwa akan terubat kini. Ini adalah lirik lagu yang sentiasa menjadi mainan bibirku sejak akhir-akhir ini.
Baru ku tahu selama ini aku hanya menyimpan perasaan itu keseorangan. Dia telah menolak mentah-mentah diriku tetapi aku jenis yang tidak tahu malu, mencuba lagi untuk kesekian kalinya. Sedarlah diri...hatiku menjerit. Mengapa dia yang aku damba? Mengapa dia? Mengapa bukan Helmi, Karim, Mokhtar ataupun yang lain, sekadar menyebut beberapa orang temanku yang lain.
Sukar sebenarnya aku ingin memberikan jawapan tersebut. Aku sendiri tidak tahu, tidak ada jawapan yang tepat buat masa ini.
Aku masih di sini, mengharapkan perubahan yang berlaku. Aku tahu aku mesti berusaha menjejakinya semula jika aku masih mengharapkan kehadirannya. Hampir dua tahun dia menghilangkan diri tanpa khabar tetapi aku masih tidak dapat melupakannya. Aku masih belum berjumpa pengganti dirinya.
No comments:
Post a Comment