Kadang kala kita meragui, dalam dunia yang serba moden ini masih wujudkah cinta yang sejati. Namun hatiku ini mengatakan bahawa ku yakin bahawa cinta sejati memang wujud terutama kepada Allah, pencipta kita. Cinta yang akan mewangikan kita dan yang akan mendamaikan tika kita di kalang sepi dan pilu.
Aku rela biar betapapun perit tertusuk duri dan menempuh jalan berliku tiada bertepi dalam mengejar cinta sejati padaMu. Dan aku jua percaya tidak sia-sia aku diuji demi cinta padaMu kerana pasti tersembunyi hikmahnya disebaliknya.
Sambil kita berjalan , ayuh kita pandang-pandang alam ini sambil kita berfikir tentang atas bawah pemandangan kita, di mana bumbung langit tinggi dan mana lantai bumi. Setiap apa yang terjadi tidak mungkin bersendirian tetapi terciptanya ada pasangan yang tersendiri dan Cuma kita yang perlu menyelesaikannya dan mencari jawapannya. Jangan ragui apa yang telah kita temui itu.
Cinta suci adalah cinta yang abadi
No comments:
Post a Comment