erlukah aku menangisi?
Dalam mencari erti hidup perlukah aku menderma airmata ini meratapi
nasib diriku yang masih lagi setia seperti 10 tahun lepas. Betulkah aku
masih sama seperti dulu, tidakkah sudah ada sedikit perubahan
berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Jika tangisan itu mengenang
amalan yang belum banyak mana mampu ku usung, mungkin itu permulaan
yang baik.
Apakah ubat bagi menghalau sepi ini? Mungkin ada yang akan mencadangkan
... kepada Allah kita bertamu. Bukan ku tak ingin syukuri rahmatMu
tetapi susah walau puas ku cuba menerimanya dengan hati yang terbuka.
Zalimkah diriku kerana tidak cuba menghapuskan kesepian yang kian
menggigit jiwaku ini. Mencari dan terus mencari dan jangan kau letak kegagalan di depan matamu dan jangan kau pejam pada ketidakyakinan dalam mencari jawapan pasti.
setiap pertemuan pasti akan ada noktahnya titik perpisahan. Ku akhiri
bicara ini dengan rasa sesal kerana masih gagal menghalau rasa sunyi
dalam diriku. betapa lemahnya imanku. bagaimana aku mahu mengadapMu,
masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki.
No comments:
Post a Comment