Monday, 18 January 2010

Kerana aku tidak faham

Walaupun aku tahu yang aku tak mampu memilikmu, dan walaupun mataku memandang ke arah lain tapi hatiku tetap memahat namamu. Masih ku ingat memori yang telah kita pahatkan bersama, masih segar dan basah dalam ingatan ini, setiap kali aku rindukan mu, hatiku sentiasa sedih dan airmata menjadi teman pada pipiku. Apabila aku menatap wajahmu walau dari kejauhan tepai aku tahu aku akan gembira, biarpun kau tidak tahu derita hatiku ini, biarpun sampai akhirpun kau melihat aku sebagai masa silammu yang akan kau padamkan. Tika rindu datang menyapa, hatiku terasa begitu sakit, kata-kata keramat sentiasa bermain di bibirku ini, sekali lagi airmataku tumpah, sekali lagi rindu ini amat menyakitkanku, siksa hati ini menunggu dirimu datang menyapaku.
Dapat ku jangka, tiada namaku terpahat dalam mindamu, apatah lagi memori silam. Tetapi aku sentiasa mencari dirimu, mencipta kenangan bersamamu. Kerana bagiku, cinta itu penuh misteri, dan akan sentiasa dikelilingi keindahan yang tidak mampu diterjemahkan. Senyumanmu membangkitkan diri ini, mengubat hati yang sentiasa dipanah getir, membalut luka yang mendalam.
Tika aku mengharapkan kau tidak datang untuk mengucapkan selamat tinggal, kau datang dengan senyuman memberikan aku hadiah terakhirmu itu. aku masih memerlukan dirimu, aku kaku pabila didepanmu, hatiku bagai ditoreh apabila kau datang mengucapkan kata keramat itu. pengharapanku semakin lama semakin tipis untuk kau kembali kesisiku ini.

No comments:

Post a Comment