Monday, 18 January 2010

Sekali lagi

Hidup ini amatlah sukar, kerana setiap kali aku cuba mendedahkan rahsia hati ini, setiap kali ku rasakan kau tidak mengerti. Aku cuba memanggil kembali kenangan dulu datang menyapa dirimu ini yang tenggelam. Tidak kira berapa kali masa akan berubah, hatiku tetap sedih, menangis tanpa alunan lagu. Sekali lagi aku terluka, setiap kali aku tersenyum, kenangan itu datang, setiap kali aku sunyi, kenangan itu menyapa. Rasa cinta itu menyakitkan, ketawa dan tangisan ini hanyalah untukmu. Sekali lagi, seperti mentari di atas sana, membaranya cintaku yang semakin mekar...selamanya untuk mu. Aku rindukan wajahmu yang mendamaikan itu, yang mampu menenangkan diri ini, laksana payung yang akan melindungiku dari hujan panas. Tika aku menyeka air mata ini, aku menanti saat itu datang kembali bertamu. Datangnya bintang memberikan aku cahaya dalam meniti sinar ini, mengharapkan esok datang bahagia. Sekali lagi berjanji dalam diri ini, esok akan datang bahagia yang boleh kami kongsi bersama, segala gembira akan aku kongsi bersama untuk dipahatkan dalam ingatan.

No comments:

Post a Comment