Tuesday, 20 November 2012

Aku tidak mahu rapuh

Belum sempat ku mengecapi bahagia yang menjadi milikku, kau sudah berlalu pergi meninggalkan aku tergapai dalam menitip rasa itu. Bagaimana aku mahu tersenyum jika aku belum mengerti apa itu bahagia? apa itu ketenangan? Haruskah aku merelakan bahagia itu pergi tanpa mendarat dalam jiwa ini? haruskah aku melepaskan rasa itu berlalu tanpa singgah sekejap cuma. Aku memohon petunjuk dariMu agar diri ini dibebaskan dari belenggu derita.

Aku tidak mahu kehilanganmu, kerana aku sayang dan kasih padamu. Aku tidak rela jika aku kehilangan di saat aku memerlukan dirimu di sisi. Aku bimbang aku rapuh tanpa dikau di sisi yang sentiasa memberikan aku bimbingan jika aku terjatuh. Aku tidak mahu kehilangan harap, kehilangan punca dalam menduga.

Jikalau memang harus ku alami duka ini, aku akan kuatkan hati ini menerimanya. Cuma aku mohon jangan aku terlau rapuh dalam harapan ini dan kehilangan harap ini menghancurku. Aku mahu tabah dalam melalui liku hidup ini. Aku mendambakan diriMU di saat ini- menncari redha MU dan mencari diri ini yang maish tersasar jauh dalam landasanMu. Maafkan aku ya Allah.

No comments:

Post a Comment