“As, kau nak tak jadi pengapit aku?” Tanya Sumayya.
Aku tergamam. Sedih pun ada. Sampainya hati Mai.
Teganya dia nak lukakan hati aku lagi. Aku kan sepupunya yang paling dia rapat.
Apa dia ingat hati aku ni kayu yang tak punya perasaan? Kejam. Aku mahu
anugerahkan dia Anugerah Manusia Paling
Kejam di dunia ini. Hatiku merintih. Tapi itu semua dalam hati, tidak pernah
aku lafazkan dan zahirkannya.
“Seseorang itu
dicintai kerana dia sememangnya layak dicintai. Tak ada sebab atau alasan untuk
mencintai seseorang.” As memberikan jawapan apabila ditanya tentang cinta oleh
sepupunya Mai ataupun nama penuhnya Sumayya.
Mai sering
mengadu masalahnya dia dengan encik tunang tersayang. Ada sahaja gaduh-gaduh
kecil disebabkan bab yang remeh temeh. Mungkin disebabkan Mai ini agak manja,
maklumlah anak tunggal perempuan.
“Eh! As
bila kau nak kawin? Takkan nak tunggu
aku bercucu dulu? Patutnya kau kahwin dulu sebabnya kau tu tua dari aku.” Bebel
Mai yang sememangnya dikenali mulut tiada insuran. Sedap mulut dia je tanpa
pernah nak menjaga perasaanku. Mujurlah dia sepupuku yang paling rapat dan aku
mengenali dia sejak dari kecil lagi.
“Aku tak
rasa aku tua pun.” Aku mencebik. Tak habis-habis orang bebel tentang isu
kahwin. Apa tak ada isu lain ke dalam dunia ni, aku mengeluh perlahan.
“Kamu masih
ingatkan kekasih lama dan tidak terbuka lagi untuk menerima orang lain dalam
hati kamu?’ Pertanyaan Mak Long tengah hari tadi berlegar di benakku, sekali
lagi. Benarkan aku masih menyimpan dia?
Pertanyaan-pertanyaan
itu membuatkan aku senak untuk balik ke kampong. Tambahan apabila diserang
soalan yang bertalu-talu sedang aku tiada pertahanan yang cukup canggih.
No comments:
Post a Comment