Apabila hati ini berbicara lagi, lemah seluruh tubuhku ini dari
menahan bibir dari berkata-kata tentang rasa cinta itu.
Di dalam dada yang terkurung ini dan seolah aku terpenjara di sini untuk
menanti masa supaya kau kau sedar bahawa hanya kau yang aku cintai.
Aku mengharapkan kau membuka pintu hatimu itu. Aku hanya mampu
melahirkan tangisan di mata sahaja kerana diriku tak mampu bersuara pada saat ini.
Apa yang menyedihkan ialah apabila aku melihat kau bersamanya.
Walaupun aku cuba bersabar, namun aku dalam ketidakrelaan dan terpaksa
membiarkan hatiku merana.Apa yang harus aku lakukan sebenarnya? Supaya
aku tidak dikategorikan sebagai manusia yang lemah dan aku mahu kau
lihat kelebihan yang aku ada berbanding dengan dirinya.
Apabila
aku memikirkan tentangmu, hanyalah rasa rindu itu yang bergetar dalam
dada ini.
Sampai bilakah harus aku menanti supaya kau sedari kewujudanku di sini?
Aku tidak mahu kehilangan kasihku dan impian nekadku untuk bersama
denganmu. Bagaimana aku mahu kau bukakan pintu hatimu untuk diriku ini.
No comments:
Post a Comment