“Afiq, mengapa lama tak datang
kelas dan tidak pernah menyiapkan semua kerja kursus yang diberikan?”
“Er…er…….,” tergagap dan sedang
mencari jawapan barangkali.
“Kemungkinan besar awak akan
gagal,” jelas Puan Suhana lembut.
“Kalau macam tu, saya akan buat
late withdrawal la puan,” janji Afiq.
Selepas meletakkan gagang
telefon, Puan Suhana resah kerana Afiq ini anak seorang Naib Presiden Akademik
di tempat dia mengajar. Apa yang patut dia lakukan, dia cuba menimbang tara.
Tanpa lengah, Puan Suhana menaiki
lif menuju pejabat tingkat 16. Sampai di depan pintu yang tertera nama Prof Dr
Mohd Razali, diketuknya perlahan. Apabila mendengar suara mempelawanya masuk,
terus ditolak pintu tersebut.
Selepas dipelawa duduk, terus
kepada agenda pencarian Afiq. Nyata wajahnya berubah dan terus di dail nombor
anaknya. Dipaksa anaknya naik ke pejabatnya sekarang untuk bersemuka.
“Afiq kan dah bagitahu yang kelas
Afiq ni clashing. Tu lah yang menyebabkan Afiq tak masuk kelas ni,” penjelasan
yang merungkai segala pertanyaan sebelum Afiq tiba tadi.
“Kenapa tidak selesaikan?” tegas
suara Prof Dr Mohd Razali.
“Mentor bagitahu suruh gugurkan
subjek ini. Tapi Afiq fikir, nanti kena tambah lagi satu semester. Afiq tak
nak,”
“Habis tu Afiq fikir, lulus ke
kalau tak datang kelas dan tak buat semua tugasan yang diberikan?”
“Kalau diberikan peluang, Afiq
akan cuba sedaya upaya,”
“Baiklah, saya bagi tempoh sampai
isnin minggu depan untuk awak menghantar semua tugasan yang diberikan,”
Kata sepakat dicapai.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment