“Ustazah, tolong saya. Saya tidak mahu gagal lagi dalam
subjek pengajian Islam,” rayu seorang pelajar selepas habis pembelajaran
Pengajian Islam pada hari itu.
“Kenapa?” Tanya Ustazah Suhana tanpa perasaan simpati.
“Saya belum buat apa-apa lagi kecuali datang PMC hari tu
sahaja. Maksudnya saya belum buat amali solat, hafazan, dan pembentangan,”
esakan tangis kedengaran halus, bagaikan menarik simpati.
“Hari ini saya sudah penuh dengan temu janji, “ jawab
Ustazah Suhana tanpa menunjukkan tanda simpati. Beliau berlalu pergi
sehinggakan pelajar tadi mengejarnya.
“Tolonglah saya,” rayunya lagi.
“Bagilah saya peluang kerana jika saya ulang lagi, saya
sudah tiada duit untuk membuat bayarannya,” masih lagi tiada putus asa mencuba.
Begitulah ada pelajar yang mencuba mencari peluang terakhir.
Masa selama 7 minggu disiakan begitu sahaja kerana tidak pernah mencuba datang
ke kelas dan belajar. Malangnya sekadar melihat keperluan untuk lulus semata
dengan menyelesaikan kesemua tugasan sekaligus.
No comments:
Post a Comment