Sunday, 15 May 2016

Lewat


“Malini, kenapa awak selalu datang lambat ke kelas sekarang ni?” tanya Cik Mastura pensyarah Ekonomi selaku mentornya.
“Cik, saya tinggal di Pelabuhan Klang. Saya naik bas dan perjalanan saya mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai ke kolej ni,” terang Malini.
“Kalau ada peperiksaan jam 9 pagi, jam berapa awak akan turun dari rumah awak?” Cik Mastura masih belum berpuas hati dengan penjelasan yang ringkas.
“Saya selalunya akan ambil jam yang paling awal iaitu jam 7 pagi. Tapi jalan raya ni kan tak boleh diagak, adakalanya berlaku kesesakan, adakalanya lancar sahaja,” terangnya lagi dengan teragak-agak.
“Kenapa tak sewa rumah berdekatan kolej?” Cik Mastura masih lagi menyoal Malini.
“Mak saya memerlukan saya Cik Mas. Saya selalu kena balik tolong mak saya jaga adik-adik saya. Saya dah taka da ayah,” sayu sahaja Malini menuturnya.
Dalam keadaan sekarang, semua orang berkereta ataupun lebih tepat berkenderaan datang ke kolej tapi dia dengan penuh semangat masih lagi menaiki bas ataupun menggunakan pengangkutan awam untuk datang ke kolej. Apabila dia lambat sampai di kolej dan tidak berkesempatan masuk ke kelas, dia akan mengulangkaji dengan bersungguh-sungguh dan bertanyakan kawannya jika ada tugasan ataupun kerjarumah yang perlu dilakukan. Baginya pembelajaran penting dan tidak boleh disiakan dengan apa yang telah dikorbankan oleh ibunya.




No comments:

Post a Comment