Sunday, 20 August 2017

TUHAN MAHA ADIL


“Ustazah, kenapa Allah ambil mak saya ketika saya memerlukan. Saya rasa Allah tidak adil kerana merampas mak saya di saat saya baru 18 tahun hidup membesar dengannya,” luah Ariana mengejutkan Ustazah Fadilah setelah bertanyakan latar belakang keluarga.
“Ariana, saya faham erti sebuah kehilangan,”Ustazah Fadilah memujuk seketika sambil cuba mengumpul kata-kata.
“Bagaimana ustazah kata ustazah faham sedangkan ustazah masih lagi mempunyai kedua ibu bapa,” bantah Ariana.
“Ariana……Ustazah baru sahaja kehilangan suami ustazah. Kami dah berkahwin selama lima tahun dan mempunyai dua orang cahayamata. Anak sulung ustazah berusia empat tahun dan anak kedua berusia dua tahun. Mereka masih tidak mengerti erti sebuah kehilangan. Ustazah rasa gelapnya dunia ketika itu. Tapi ustazah kembali kepada Allah, semua ini ujian untuk kita untuk melihat sejauh mana ketabahan kita menanggung semua ini,” Ustazah bersuara sebak menahan duka di dalam dadanya.
Muka Ariana berubah, simpati dengan luahan ustazah Fadilah. Dia terdiam seketika mencari kata.
“Ariana, sebab itu kita mesti ada iman yang kuat supaya segala ujian dapat kita tepis. Ariana kena cari hikmah kenapa Allah uji Ariana. Ariana kena sentiasa solat, kirimkan doa, baca Quran dan menutup aurat dengan sempurna supaya ibu Ariana aman di sana,"”pesan Ustazah Fadilah mengakiri perbualan mereka.


 Image result for tuhan maha adil

No comments:

Post a Comment