Monday, 21 August 2017

AYAH


“Siapa yang sudah kehilangan ibu ataupun bapa?” Tanya Ustaz Hanafi dalam sessi Resepi Kejayaan anjuran Persatuan Mahasiswa Islam, Kem Pelajar Cemerlang.
Ada dalam lebih kurang lima belas orang pelajar yang bangun. Apabila ditanya, ramai yang telah kehilangan ayah berbanding ibu.
“Saya Amir, saya baru sahaja kehilangan ibu saya masa bulan Ramadan yang lepas. Ketika hari raya, adalah hari yang amat perit kerana saya tidak dapat bersalam dengan mak saya. Saya tidak dapat lagi merasa masakan mak saya. Saya harap semua kawan-kawan saya menghargai mak ketika dia masih ada,” sedu sedan suara Amir meluahkan rasa itu.
“Saya telah kehilangan ayah ketika saya masih kecil lagi. Saya tidak sempat mengenali ayah saya tetapi ibu saya selalu bercerita pada saya tanpa jemu. Ibu saya membesarkan saya dengan penuh kesabaran dan memikul beban itu keseorangan. Saya melihat penat jerih dia membesarkan saya hingga ke hari ini. Ibu mahu saya jadi seperti ayah, iaitu menjadi seorang pendidik,” teresak-esak Nabilah menceritakan kehidupannya.
Tiba-tiba ada seorang remaja lelaki mengangkat tangan ingin berkongsi cerita sedangkan dia bukanlah dari kalangan mereka yang pernah mengalami kehilangan.
“Saya Nico pelajar diploma pengurusan. Saya ingin ceritakan tentang diri saya, tentang masa lalu yang dulu gelap. Saya ada seorang ayah yang kaki pukul, selalu memberikan sepak terajang kepada ibu saya sehingga saya menanam sikap benci pada ayah saya. Saya sangat membenci pada ayah saya. Saya selalu menangis apabila melihat ibu saya dipukul oleh ayah saya. Saya ingin memukul ayah saya melawan dan mempertahankan ibu saya tapi saya masih lagi kecil,” dia terhenti seketika sambil menyapu air mata yang mengalir tanpa dia pinta.
“Suatu malam selepas ayah saya memukul ibu saya, saya ada kekuatan untuk memukul kembali ayah saya sehingga cermin mata dia pecah dan terkena matanya. Mujur matanya tidak buta tapi dia mendapat strok disebabkan saya memukulnya dengan teruk. Selama sebulan dia terlantar dihospital saya tidak pernah melawatnya dan saya rasa puas. Sebelum ini, selama saya sakit hati, saya terjebak dengan pelbagai kegiatan negatif dan saya tidak menggunakan nama sebenar saya supaya saya dapat lari dari bayangan nama ayah saya. Saya benar-benar hanyut sehinggalah saya dipeluk oleh ibu dan dipujuk oleh ibu. Nasihat ibu, walau bagaimana buruk sekali pun perangai ayah, Nico perlulah hormat dan memaafkan kesilapannya. Katanya terpulanglah pada saya ,tapi nasihat ibu sejahat mana pun ayah, dia tetap ayah Nico, dia tetap orang yang menyebabkan Nico ada di dunia , mungkin tanpa sedar ayah juga pernah mendoakan Nico. Moga Allah merahmati Nico dan beri petunjuk untuk Nico. Dan semoga ayah Nico benar benar berubah.” Terangnya dengan panjang lebar yang membuatkan semua pelajar lain terdiam. Terkedu dengan keberanian dia menceritakan semua ini.
“Dan saya mahu semua pelajar dalam dewan ini tetap memaafkan kesalahan ibu bapa kita walaupun apa yang terjadi. Saya tetap maafkan ayah saya dan saya mahu berbakti padanya,” Nico mengakhir kata-katanya.

Tepukan gemuruh diberikan oleh semua pelajar, kagum dengan luahan isi hatinya dan menyedarkan semua orang tidak semua masalah yang dihadapi sama. Cuma kita yang patut memikirkan bagaimana mahu menghadapinya.
Image result for ayah

No comments:

Post a Comment