Biarlah waktu yang menentukan bahawa segala janji dan pesan yang selama ini termeteri tetap utuh dan kukuh lagi di sini.
Sedaya mungkin aku memahatkan kenangan yang adakalanya mencuri keluar kerana aku tetap mengharapkan kepulangan, dambakan kenangan itu tetap terpahat berepisod sehingga ke akhirnya.
Kembalilah kepada yang setia menanti walau mimpi bersulam duka menghiasi malam ini kerana mahu ku bawa lari episod duka laraku itu.
Biarlah waktu ini aku terpenjara di sini, tidak mampu berlari walau selangkah cuma kerana arahku hilang entah ke mana, Seandai itu takdirnya, aku terima ia.
Masih terbayang detik memori itu, tergambar senyuman itu yang pernah membuatkan aku terpaku di situ. Kehilanganmu membuatkan aku nanar seketika. aku tidak mampu melebarkan sayapku kerana rapuhnya dan terus patah.
Rapuhnya aku berdiri di sini menanti sebuah sinar yang datang. Harapan ku hanya mampu menjadi embun yang bersinar pada pagi.
Satu hari pasti nanti ku mengharapkan semua orang memahami dan menerima seadanya kerana pastinya jawapan akan tertulis di situ.
No comments:
Post a Comment