Bunyi
mesej masuk mendebarkan aku. Cepat-cepat aku mencapai telefon bimbitku di atas
meja dan segera aku menyemak siapakah pengirimnya.
“Buat apa tu?” Mesej yang dihantar oleh peminat misteriku ini yang mampu membuatkan
aku tersenyum. Macam dia tahu sahaja aku baru balik dari kerja, detik hati
kecilku.
“Tengok
TV,” balasku pendek. Tanpa disangka, telefonku bordering riang selepas beberapa
saat mesejku dihantar.
Aku
teragak-agak untuk menjawab panggilan dari peminat misteriku itu. Namun, hatiku
berbunga riang, cuma aku kawal diriku supaya tidak nampak yang aku terlalu
gembira dengan panggilan telefon tersebut.
“Assalamualaikum!”
Aku memberi salam selepas menekan butang hijau.
“Waalaikumussalam.
Sedang buat apa tu?” Tanyalah lagi walaupun sudah dapat jawapan daripadaku
tadi.
“Tengok
TV,” jawabku lagi.
“Kenapa
tak mandi lagi?” Tanyanya yang terus mematikan senyumanku. Eh bagaimana dia
tahu yang aku baru balik kerja dan sedang bermalasan di sofa, malas lagi ke
bilik air. Aku tidak menjawab tetapi memandang sekeliling, ada CCTV ke dalam
rumah aku ini ataupun dia ada teropong ajaib yang boleh nampak gelagat aku
sekarang. Terus jantung aku berdegup kencang, takut dan risau bersarang
didadaku sekarang ini.
“Awak…awak,”panggilnya
selepas aku mendiamkan diri.
“Ye…ye,”
aku bagaikan baru tersedar dari mimpi.
“Awak,
saya takutlah,” akhirnya aku menyuarakan
rasa kegusaranku.
“Kenapa?”
Tanya dia.
“Awak
macam ada kat rumah saya,” aku berterus terang sahaja.
“Saya
teka sahajalah sebab saya nampak awak naik lif tadi, sambil sengih seorang,”
jujur dia menerangkan sebabnya.
Aku
menutup mulut, malu dengan gelagat sendiri yang rupanya ada pemerhati di
kawasan kejirananku ini. Lepas ini aku berazam untuk membuat muka serius
sahaja.
“Alah
tadi sebab lif tu ada masalah, saya tekan banyak kali tapi tak nak buka, bila
dah buka, lama pula nak tertutup, tu yang saya duduk tergelak sebab teringat
peristiwa hari tu, pernah terkurung dalam lif,” aku cuba menutup rasa maluku itu.
“Iyalah
tu,” terdengar dia tergelak kecil.
“Awak
kat mana sekarang ni?” Tanya aku lanjut.
“Depan
kereta awak,” selamba sahaja dia memberitahuku yang menyebabkan jantung aku
bergerak makin laju.
Bahaya
betul peminat aku yang mengetahui semua maklumat tentang diriku ini, sedangkan
aku hanya mengetahui nombor telefon dia sahaja, nama pun aku tidak tahu, apatah
lagi blok mana, kerja apa, kereta ataupun motorsikal. Aku tidak tahu siapakah
gerangan peminat misteri aku ini.
No comments:
Post a Comment