Setiap
langkah yang aku aturkan bagaikan membakar diriku ini kerana aku tidak mampu
melupakan saat indah bersamamu itu. Terasa asing hidupku ini tanpamu di sisi.
Aku
akan terus mengejarmu selagi aku mampu kerana tiada siapa tahu kemampuan diriku
yang sebenarnya. Tidak mudah aku meleburkan apa yang telah aku genggamkan. Biarlah
aku menderita sepanjang perjalanan ini kerana sudah tertulis takdirnya begitu.
Tidak
aku sesalkan atas apa yang telah terjadi antara kita berdua kerana kita
sebenarnya tahu apa risiko yang akan terjadi. Cinta perlukan keberanian
menghadapi hari yang mendatang. Balasan yang akan diterima syurga cinta adalah
nikmat yang terindah.
Genggamlah
cinta yang kita ukir bersama walau di mana kita berada. Biarpun kita tidak
ditakdirkan bersama, usah ditangisinya, hapuskan airmata ini dan teruskan berjalan
menuju penghujungnya.
Mengapa
rindu ini semakin ku rasakan hebat dan adakah aku dapat ku genggam kembali
cinta yang semakin berkaca itu. Harapanku bagaikan semakin berterbangan di tiup
angin yang masih bersisa.
Aku
inginkan kau merasakannya, aku ingin kau mendengarkannya, sukar untuk ku
tinggalkan ia. Gagal aku melaksanakannya. Aku bukan wanita yang sempurna dalam
hidupmu. Tapi aku tetap mencuba untuk hadirkan pelengkap itu.
Aku
temukan kisah yang inginkan dan aku cuba lorekkan ikut kemahuanku ini. Adakah
aku tamak melayari keindahan dengan kehendakku.
Namun
kini keindahan itu hilang seperti mana hilangnya pelangi, hanya muncul sekejap
selepas hujan. Tak mahu ku kenang, tak mahu ku berserah, kini aku mahu teguh
berdiri sendiri.
Sampai
bila aku harus begini, bertanyakan tentang kita? Aku terhenti berlari seketika,
tergamam sendiri. Tersedar bahawa diriku masih sendirian kesepian.
No comments:
Post a Comment