“Assalamualaikum
ustazah, hari ini saya tak dapat buat bacaan surah kerana saya ditahan di
hospital.” MIsha menghantar pesanan ringkas kepada Ustazah Adni.
“Ya Allah,
kenapa Misha?” Tanya Ustazah Adni, tidak sedap hati dengan pesanan tersebut.
“Saya
dimasukkan ke hospital kerana depress teruk.” Balasnya
“Semoga Misha
cepat sembuh dan jangan lupa solat dan ngaji ye.” Titip Ustazah Adni.
Keesokkannya
Ustazah Adni pergi berjumpa dengan penasihat akademik Misha, Encik Mazlan untuk
bertanya khabar lebih lanjut lagi tetapi Encik Mazlan sibuk tengah bercakap di
talian.
Selepas itu
Encik Mazlan sendiri datang berjumpa dengan Ustazah Adni untuk bertanyakan
kenapa Ustazah Adni datang ke mejanya.
“Kenapa
Ustazah?” Tanya Encik Mazlan
“Saya nak tanya
pasal Misha,” terang Ustazah Adni.
“Dia sekarang
di tahan di hospital Klang kerana mengalami tekanan perasaan yang sangat teruk.
Saya sudah bercakap dengan doktor yang merawatnya bahawa dia kemurungan kerana
masalah dia gagal memahami maksud bacaan dan dia rasa perkara ini amat memalukan
dirinya. Sedangkan dia target untuk semester ini dia perlu mendapat A,” jelas
Encik Mazlan.
“Dia pernah
komplen hari tu, katanya ustazah pernah memalukan dia di depan rakan-rakannya.
Dia sebenarnya daripada keluarga yang berpecah dan dia tidak pernah belajar
quran sejak dari kecil lagi. Baru sekarang dia belajar solat dan bacaan dalam
solat.Dia mahu belajar secara bersemuka,” Encik Mazlan menyambung bicara
apabila melihat Ustazah Adni diam sahaja.
“Tapi memang
tu cara pengajaran untuk kelas mengaji ini. Semua pelajar perlu buka mulut dan
menyebutnya. Kalau tidak bagaimana mahu memperbetulkannya?” jelas ustazah Adni
yang agak terkilan apabila dikatakan memalukan pelajar. Satu tanggapan yang
salah dan perlu diperbetulkan.
“Sepatutnya
kita membuat penerangan dengan lebih jelas kepada semua pelajar dan mentor
semua supaya semua tahu bagaimana kelas ini dijalankan. Mula-mula para asatizah
yang akan sebut dan akan diikuti dengan pelajar semua. Selepas itu pelajar akan
menyebutkan satu persatu untuk proses mengetahui betul ataupun tidak sebutan
itu,” terang ustazah hikmah selaku penyelarasa program ini.
“Nanti saya bawa
dia jumpa kaunselor supaya tidak lagi berulang peristiwa ini,” janji Encik Mazlan
merangkap menutup perbualan tersebut.
No comments:
Post a Comment