Aku cuba mencari
siapa dirimu yang sebenarnya. Apa cuba mencungkil apa yang kau mahu dari dalam
hidupku. Apakah kau hanya sekadar mahu diriku ketika engkau sunyi ataupun
benar-benar maksudkan erti cinta tersebut.
Berat untuk aku melepaskan engkau pergi walau bibir selalu
melafazkannya. Aku tetap mahukan hatimu, pintaku dalam diam janganlah kau
menoleh pergi,kekallah di situ menanti diriku ini.
Namun tidak pernah aku sesali kehadiranmu
dalam hidupku ini. Tiada penyesalan pada sebuah pertemuan kita kerana engkau
berjaya menyinari hidup ini. Memberikan aku secebis bahagia dan senyuman.
Bicara kita diam sahaja sekarang ini, hanya
jelingan mata sahaja menjadi bahasa kita. Bagaimana mahu aku lewati hidup ini
apabila tidak berpapasan denganmu. Mengapa aku begini gagal mengawal diri ini
sedangkan aku berjanji yang aku akan melepaskan dirimu, membiarkan angin
membawa kenangan memori bersama kita. Mampukah aku lalui hidup ini tanpa
jelmaan dirimu itu.
No comments:
Post a Comment