Rencah kehidupan ini sememangnya pelbagai warna terutama apabila berhadapan dengan 1001 orang pelajar. Mereka datang ke sini untuk mempelajari sesuatu yang baru. Disebabkan itulah kita mesti menambah ilmu buat mereka, bekalkan resepi kejayaan untuk mereka supaya mereka berjaya berjalan di jalan yang benar.
Dalam mendakap kebahagiaan hidup sememangnya banyak benda yang kita kena korbankan, terutama masa kita, dan adakala harta pun sama. Jangan pernah berkira untuk melihat kejayaan mereka semua.
Semester ini gelagat pelajar seperti yang dijangkakan ada yang masih remaja cuba-cuba mengaku nama orang lain, ada yang tidur di dalam kelas disebabkan kelas yang sangat sejuk dan nyaman sekali, ada yang berusaha keras menyiapkan tugasan yang diberikan, ada yang berwajah orang putih tetapi boleh berbahasa Melayu, ada yang bertemu 12 jam seminggu, ada yang takut-takut, ada yang suka ambil kesempatan dan pelbagai lagi.
Semester ini sebenarnya mencabar tetapi saya sudah bersedia daripada awal , jadi saya tidaklah kelam kabut seperti biasa. Sememangnya jadual agak padat pada hari Rabu membuatkan saya mengatur pelbagai strategi.
Sudah dua minggu kelas bermula tetapi saya masih gagal mengingati nama pelajar dan wajah pelajar. Ini amat membimbangkan saya.
No comments:
Post a Comment