Sepi menghuni kembali hati ini setelah beberapa lama sepi tidak menjadi kawanku. Sepi mungkin telah ku noktahku hari itu tetapi takdir sepi datang mengunjungi lagi
Sepi datang tanpa salam, terus masuk kedalam hati ini, tanpa hadirnya punca, sepi bertandang dan terus mendiami hati ini. Bagaimana aku mahu menghambat sepi dalam hati ini. Sepi tetap berdegil mahu menghuni hati ini.
Detik gerimis datang sepi tetap bertahan di sudut hati ini. Saat ini aku tahu aku yang silap memilih rentak merajuk membawa hati sehingga mengundang sepi datang. Aku putuskan bahawa aku mahu tepiskan rasa rindu pada dia yang tidak pandai memujuk, diam seribu bahasa.
Melodi makin kuat berdendang, aku masih terjaga menangis nasib diri, pilihanku bukan kehendaknya. Akhirnya aku jua yang kecundang, menangis pada sebuah kebodohan tindakan yang diambil
Kita merestui detik perpisahan ini, saat ini bahagia yang kita mahukan, kita mahu ketenangan milik kita berdua dan jalan yang kita pilih adalah berpisah dan mengakhiri pertemuan ini dengan perpisahan.
Sepi menghiasi lagi hidup ini. Andai ini yang terakhir aku reda....jawapan pada sebuah pertanyaan.
No comments:
Post a Comment