Friday, 6 August 2021

Kisah Cinta Kita

 Andai inilah pencarian yang terakhir dalam aplikasi pencarian jodoh, Iman menerimanya. Pertemuan yang dimulakan dengan memberikan salam, disambut olehnya amatlah menggembirakan Iman. 

Iman pada mulanya membalasnya dengan biasa, niat untuk menambah koleksi yang ada sehinggalah Iman tidak menerima balasannya lagi. Iman tertanya-tanya apa punca penyebab hanya sekali dua sahaja menghantar mesej, lepas tu pihak lelaki akan diam. 

Iman cuba bertanya Mek Na dan Che Ta kenapa demikian. Mereka memberikan beberapa tips seperti mulakan dengan cerita pendek yang menarik agar lelaki tertarik mengetahui dengan lebih lanjut.

Dan apabila Iman menyemak kembali, rupanya Shah ada meninggalkan nombor telefon bimbit agar Iman menghubungi dirinya kerana dia dikatakan tidak aktif lagi dalam aplikasi itu. Hampir ke penghujung tempohnya.

Kisah cinta mereka membuatkan Iman tersenyum sendirian. Merasakan bagaikan berada di alam syurga dunia dengan kehadirannya yang memberikan pelbagai inspirasi. 

Apa yang Iman impikan agar Shah setia dengan dirinya, menerima seadanya dirinya, tidak memandang rupa paras tetapi melihat hati budi. 

Apa yang Iman mahukan pengakhiran pencarian cintanya, cinta kepada manusia yang sementara di dunia, menemani dia yang kesunyian sejak akhir-akhir ini. Semoga kehadirannya berakhirlah pencariannya selama ini.

Apa yang Iman dan Shah lakukan sekarang adalah berdoa agar hubungan mereka direstui oleh kedua pihak. Namun musim pandemik ini sangat merisaukan bagaimana mereka mahu menghalalkan hubungan ini. 

Iman mahukan Shah setia dengan dirinya, begitu jua Shah mahukan Iman menerima segala kelemahannya dan menerimanya seadanya. Kesetiaan adalah kunci utama dalam rumahtangga

Semoga pencarian cinta mereka sudah berakhir.


No comments:

Post a Comment