Sia-sia sahaja aku cuba mempertahankannya sedangkan kau membiarkan sahaja ia berlalu. Aku menangis kerana terlanjur mencintaimu, harapan yang aku berikan telah kau musnahkan begitu sahaja.
Aku tidak mahu salahkan sesiapa tetapi tindakan itu amatlah menyakitkan. Tak bolehkan kau berterus terang kerana aku tahu tak mungkin hati dapat dipaksa untuk teruskan perjuangan ini apabila lelah bertahan.
Aku tahu bukan mudah mencipta satu keputusan tetapi kita perlu berada dalam realiti, hadapi apa sahaja kemungkinan yang timbul.
Mengapa timbul keraguan itu? Sebab kita tidak beterus terang dan berbicara panjang. Kita hanya memendam rasa sahaja kan? Itulah punca utamanya.Alasan bukan dicipta tetapi mendatang.
Kenangan itu amat indah, kita pernah menangis tertawa dan ketawa bersama. Semua itu membekas di hati ini, dan kita akui yang kita harus berpisah, kerana kita yang memilihnya setelah penat berjuang.
Adakalanya kita kena buat keputusan dengan cepat, samada bertahan atau pergi. Jangan paksa diri untuk bertahan apabila kita rasa kita tidak dihargai.
Mulai esok aku akan berhenti untuk mengenang segala memori kita. Aku harus membuangnya jauh-jauh seperti mana yang pertama dulu aku buang dalam Sungai Sarawak.
Berhenti berharap........
Jangan kembali lagi dan biarlah kita menjadi asing dan menghilang supaya tiada lagi sekelumit kenangan itu singgah dalam minda ini.
Mencintaimu kembali adalah hal yang sangat mudah, aku cepat goyah. Hilanglah dari radar seolah kita tidak saling mengenali lagi.
Maaflah kerana aku tidak menepati ciri-ciri yang kau idamkan. Aku bukan yang terbaik untukmu. Aku cuma manusia biasa. Aku berjanji untuk tidak menangis lagi. Aku tahu aku tidak mampu membuatkan kau tersenyum dan bahagia.
Kau berlari dengan egomu, aku mahu dirimu tetapi kau tidak mahu aku kerana kau tidak berusaha untuk memiliku. Ternyata teori aku benar.
Sedang aku tetap disini menunggu mu dan ia tetap berakhir.
Entah kali berapa aku berjanji untuk melupakan mu kerana melupamu tidak semudah seperti mencintaimu.
No comments:
Post a Comment