Kegagalan kali keberapa menyebabkan aku takut untuk melangkah lagi. Aku takut memulakan detik itu, pengalaman itu menakutkan aku, takut disakiti dan dilukai lagi.
Sahabat baik bertanya adakah aku sudah berputus asa, adakah ini dinamakan putus asa, sebab aku berserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Aku tidak mahu memulakan kembali sebab aku rasa berdosa sangat, lalai dalam mengingatiMu, berjumpa dan sentiasa lagha dalam menjalani kehidupan.
Aku cuma mahu semua orang tahu yang aku tetap bahagia menjalani kehidupan sekarang. Aku tahu adakala datang rasa sedih, sunyi dan sepi tapi aku tetap bertahan kerana aku tahu Allah sedang menguji diri ini.
Kadang kadang aku tidak faham bahawa sudah jelas dia bukan yang terbaik untuk diriku tapi kenapa aku masih berkeras dan bertahan untuk diriku. Memang dia pernah membahagiakan aku tetapi dia yang lari dan menyepi dalam hidup, takut untuk menongkah arus disebabkan kisah silam dia. Maka tidak pernah dia berusaha untuk mencari sinar bahagia buat kami.
Hati ini terguris apabila ada rakan yang cuba memujuk tapi pilihan kata-kata yang salah. Baik aku memilih diam dalam berkata kerana aku yang melaluinya. Tersimpan kemas cerita ku , yang indah sahaja aku khabarkan sedangkan yang duka aku simpan rapi. Ada rahsia yang tidak ada yang tahu , yang aku simpan rapi sampai sekarang. Hanya Allah sahaja yang mengetahuiNya.
Sebenarnya aku tidak mahu kehilangannya cuba mempertahankannya sebaik mungkin, namun siapa kita untuk mempersoalkan takdir Allah. Aku tahu ini adalah yang terbaik, jalan setiap orang adalah berbeza. Aku akui jalan yang aku lalui adalah yang sangat berliku, bayangkan dengan umur yang hampir mencapai separuh abad, wajah yang cukup sifat cuma di mata manusia aku ada cacatnya, mungkin inilah yang penyebabnya. Namun sesekali aku tidak mahu persoalkan kenapa, kerana aku tahu inilah ujian hidupku.
No comments:
Post a Comment