Wednesday, 16 October 2024

Bertaut kembali

Sedang Dhila membuat siaran langsung dalam media sosialnya tiba-tiba ex crush nya memberi icon mata seolah sedang memerhatikan dia. Dhila pada mulanya cuba berlagak tenang seolah tiada apa yang berlaku. Tetapi hati dan bibirnya mengukir senyum sehingga pengikutnya perasan dan memberikan galakan dan mendoakan yang terbaik untuk mereka, seolah menantikan comeback mereka.

Ramai pula memuatnaik kembali video mereka ketika mereka bersiaran langsung bersama ketika dulu. Ramai yang masih mengharapkan keajaiban berlaku pada mereka. Apa yang menyebabkan mereka putus, tiada siapa yang tahu. 

Adakah cinta mereka kembali berputik? 

Saturday, 17 August 2024

Tangis Nabila


Beginilah kehidupan ini usah dikesali kerana Allah sebaik perancang. Jangan persoalkan, didiklah hati menerima semua ini. 

 

Sunday, 23 June 2024

Takdir

 "Bestlah ceramah Ustaz Jais tadi pasal Qadha dan Qadar," Mila bersuara apabila mereka melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu mereka.

" Apa yang 3 serangkai tu?" Tanya Nora

"Cepat betul kau ni lupa," Liza menjeling tajam pada Nora

"Usaha, ikhtiar dan doa," Asha memberikan jawapan pantas sambil tangannya membelek buku catatan ringkasnya.

"Maksudnya segala apa yang terjadi ini adalah semuanya pelan dan perancangan Allah SWT," Liza menyambung.

"Ada yang Allah bagi dengan segera ataupun cepat, lambat dan ada yang Allah tangguhkan," Mila pula menyambung, masing-masing ingin meluahkan balik apa yang mereka dengar tadi. Begitu teruja.

"Jadi mari kita sambung perjuangan kita dalam laman cari jodoh, jangan mudah berputus asa," Liza menekankan ayat itu sambil menjeling tajam ke arah Asha.

"Orang yang beraqidah tidak akan berputus asa," giliran Nora pula menyambung ayat tersebut. 

"Jom semua, mari kita daftar sekarang," Mila terus membuka laptopnya, manakala Liza membuka ipadnya.

"Mungkin jodoh kita menunggu di syurga," Asha menuturnya perlahan tapi boleh didengari oleh rakan-rakannya.

"Jangan kau cakap yang kau tidak mahu daftar balik," Liza memerhati tajam ke arah Asha 

"Nanti aku fikirkan ye," Asha menjawab laju dan terus masuk ke bilik.


Saturday, 15 June 2024

Kenangan

"Eh, kau stalk fb dia ke?" Cuit Liza ketika Asha ralit men"scroll" fb bekas kekasih hatinya. 
Alamak, kantoi pulak bisik hati kecil Asha.
Asha cepat -cepat menutup fb dan tersenyum pada Liza
"Macam mana kau nak lupakan kenangan jika kau terus menerus cuba mengikuti perkembangan dirinya" Liza membebel 
"Baca je teori 30 hari membunuh cinta tapi kalau tak ikut, tak menjadi, bukannya teori tu tak berjaya tapi sebab kau tidak praktikkan," Mila pula mencelah dan menunjukkan tanda geram dengan kelakuan Asha. 
"Dia yang like status aku, jadi aku pun ter klik lah pada fb dia, "Asha mengakui kesilapannya. 

"Ada je alasannya. Bukankah kau kata yang kau mahu jadi kuat?" Liza cuba memujuk Asha.
"Apa kata kau block je dia, padam terus nama dia dalam kehidupan kau. Dia adalah masa silam kau, dan tidak akan ada untuk masa depan," Mila menyusun ayat tapi bunyinya sangat tegas. 

"Baiklah kawan-kawan yang tersayang, terima kasih kerana prihatin," balas Asha dengan nada bergurau. 

"Rais ajak reunion sabtu ni, nak join tak?" Tanya Liza sambil matanya tidak lekang dari kaca tv, cerita viral tentang lelaki yang berkahwin lebih daripada satu.

"On sahaja," Mila menunjukkan tanda bagus sebagai setuju.

Mila dan Liza memandang Asha menantikan jawapan darinya tetapi dia tidak mengangkat mukanya dari meng scroll telefon bimbit nya. 
Lantas Mila membaling bantal kecil dan hampir mengenai Asha. 
"Kenapa kau baling bantal ni" marah Asha. 
"Kau tak dengar ke Liza tanya tadi?" Suara Mila agak tinggi.
"Maaf, tidak berminat," Asha jawab acuh tak acuh sahaja. 
"Kenapa ye setiap kali reunion, kau mengelak tak nak pergi?" 
"Aku tak suka apabila mereka bertanya soalan yang sensitif , tak bersedia lagi," jawab Asha sambil berlalu pergi.



Ragam pelajar

"Puan, mana tempat duduk saya," tanya Afiqah kepada pengawas peperiksaan sambil menunjukkan slip peperiksaannya. 

Pengawas peperiksaan Puan Norlina melihat dan menunjukkan tempat duduk tersebut. Pelajar itu mengucapkan terima kasih dan duduk ditempat duduknya.

"Encik, boleh ke saya mengisi maklumat ni," sambil menunjukkan muka depan kertas jawapan yang perlu diisi. 

"Boleh." Encik Razali menjawab sepatah.

Seorang pelajat terkocoh-kocoh lambat masuk kerana tertingal kad matriks dan perlu mengambil pengesahan di bahagian pentadbiran. Berlari-lari anak pelajar tersebut sehingga menarik perhatian pelajar-pelajar yang lain. Seketika kemudian, telefonnya berbunyi dan dia ingin mengangkatnya tetapi telah ditegur oleh pengawas peperiksaan. Dia menyatakan bahawa ibunya menelefon untuk memastikan keadaan dirinya. Sekali lagi pengawas peperiksaan bertegas menyatakan tidak dibenarkan mengangkat telefon tersebut.

"Berapa nombor tempat duduk awak?" Soal Puan Azizah selepas melihat pelajar itu menandatangani pada nombor yang tidak mengikut urutan.

"Nombor saya 264." jawabnya dengan yakin.

"Di meja ini nombornya ialah 260," tegas Puan Azizah sambil menggeleng kepala.

"Puan, saya mahu ke bilik air," pelajar itu meminta izin pengawas peperiksaan. 

"Nanti awak tulis nama dan nombor tempat duduk awak dalam borang yang disediakan di depan sana," beritahu Puan Azizah sambil menunjukkan nombor tersebut. 

Pelajar tersebut mengambil nombor tersebut dan ingin membawa ke depan. 

"Eh, awak cuba kena ingat sahaka nombor berapa," beritahu Puan Azizah sambil menghalang pelajar tersebut membawa nombor tersebut. 

"Puan, perlu tanda begini atau hitamkan ruang ini?" Tanya seorang pelajar tentang cara menjawab soalan objektif di atas kertas OMR. 

"Hitamkan keseluruhan bulatan pada huruf tersebut," jari Puan Azizah menunjukkan tempat yang patut ditandakan. 

"Dengan pen, boleh ke Puan?" Tanyanya lagi. Puan Azizah hanya mampu mengangguk sahaja memandangkan pelajar tersebut hanya membawa sebatang pen sahaja. 

"Puan bagaimana saya ingin mengikat kertas jawapan ni, di mana saya patut letak kertas OMR ni? " Tanya pelajar lelaki yang memakai kemeja kemas bertali leher. 

"Ikatkan bersama dengan kertas jawapan, letakkan di belakang ataupun selepas muka depan kertas jawapan," Puan Azizah menerangkan dengan teliti. Pelajar tersebut mengangguk lemah. 




Thursday, 2 May 2024

Pernah

Letih juga apabila memikirkan kembali apa yang telaha aku harungi ini namun ingatlah ujian orang lain lagi berat dan tidak sesekali mengeluh.

Lebih baik kita menerima takdir yang telah tertulis, jangan sesekali persoalkan ia.

Pernah merasa sayang, cinta dan rindu itu adalah anugerah dalam kehidupan ini, yang diberikan untuk menguji kehidupan ini 

Pernah berjuang bersama 
Pernah terjatuh tika kita harungi kehidupan ini bersama 
Namun takdir memisahkan kita 
Mungkin itu yang terbaik 
Aku tak kau anggap semua cerita itu tidak bermakna. Cerita yang kita telah lorekkan itu adalah kenangan terindah dalam hidup ini. 
Aku tak kau angap derita yang kau taburkan untukku adaah saat yang mahu ku kenangkan. Cukuplah sakit dan luka ini pernah berbekas di hati 
Memang letih mengharungi hidup ini, keseorangan dan kesepian 
Namun adakah aku ada pilihan 
Sakit itu sangat mendalam walau ia tidak berdarah 

Sunday, 18 February 2024

Damai

Benar berdamai itu bukan mudah 

Sulit mengikis kenangan 

Bertapak kukuh di hati 

Bagaikan sebati 

Mengapa masih lagi tertinggal harapan 

Sedang sakit itu menghiris 

Luka makin mendalam 

Saat diri mahu terbang 

Seberkas ingatan kembali datang 

Rindu bertapak kembali 

Airmata menjadi teman 


 



Tuesday, 6 February 2024

Masa

Masa lalu datang kembali 

Kenangan itu menerpa kembali 

Simpanan tersebar 

Betapa dalamnya 

Ambillah jalan lain 

Benar berdamai 

Masa lalu 

Proses untuk meraikan 

Pergilah 

Tidak mahu lagi kecewa bertapak 

Pilih yang terbaik 

belajar untuk tidak peduli 



Wednesday, 24 January 2024

30 hari membunuh cinta

 Asha membaca buku yang baru dibelinya semalam, 30 hari membunuh cinta.

Rancang kehidupan harian iaitu setiap hari lakukan langkah untuk membunuh cinta.

Pertama sediakan racun untuk membunuhnya bukan secara drastik tetapi perlahan-lahan 

Kedua sediakan strategi supaya usaha ini akan berhasil 

Ketiga, padamkan semua memori dalam ingatan 

Keempat, cari sesuatu yang istimewa untuk menggantikan