"Puan, mana tempat duduk saya," tanya Afiqah kepada pengawas peperiksaan sambil menunjukkan slip peperiksaannya.
Pengawas peperiksaan Puan Norlina melihat dan menunjukkan tempat duduk tersebut. Pelajar itu mengucapkan terima kasih dan duduk ditempat duduknya.
"Encik, boleh ke saya mengisi maklumat ni," sambil menunjukkan muka depan kertas jawapan yang perlu diisi.
"Boleh." Encik Razali menjawab sepatah.
Seorang pelajat terkocoh-kocoh lambat masuk kerana tertingal kad matriks dan perlu mengambil pengesahan di bahagian pentadbiran. Berlari-lari anak pelajar tersebut sehingga menarik perhatian pelajar-pelajar yang lain. Seketika kemudian, telefonnya berbunyi dan dia ingin mengangkatnya tetapi telah ditegur oleh pengawas peperiksaan. Dia menyatakan bahawa ibunya menelefon untuk memastikan keadaan dirinya. Sekali lagi pengawas peperiksaan bertegas menyatakan tidak dibenarkan mengangkat telefon tersebut.
"Berapa nombor tempat duduk awak?" Soal Puan Azizah selepas melihat pelajar itu menandatangani pada nombor yang tidak mengikut urutan.
"Nombor saya 264." jawabnya dengan yakin.
"Di meja ini nombornya ialah 260," tegas Puan Azizah sambil menggeleng kepala.
"Puan, saya mahu ke bilik air," pelajar itu meminta izin pengawas peperiksaan.
"Nanti awak tulis nama dan nombor tempat duduk awak dalam borang yang disediakan di depan sana," beritahu Puan Azizah sambil menunjukkan nombor tersebut.
Pelajar tersebut mengambil nombor tersebut dan ingin membawa ke depan.
"Eh, awak cuba kena ingat sahaka nombor berapa," beritahu Puan Azizah sambil menghalang pelajar tersebut membawa nombor tersebut.
"Puan, perlu tanda begini atau hitamkan ruang ini?" Tanya seorang pelajar tentang cara menjawab soalan objektif di atas kertas OMR.
"Hitamkan keseluruhan bulatan pada huruf tersebut," jari Puan Azizah menunjukkan tempat yang patut ditandakan.
"Dengan pen, boleh ke Puan?" Tanyanya lagi. Puan Azizah hanya mampu mengangguk sahaja memandangkan pelajar tersebut hanya membawa sebatang pen sahaja.
"Puan bagaimana saya ingin mengikat kertas jawapan ni, di mana saya patut letak kertas OMR ni? " Tanya pelajar lelaki yang memakai kemeja kemas bertali leher.
"Ikatkan bersama dengan kertas jawapan, letakkan di belakang ataupun selepas muka depan kertas jawapan," Puan Azizah menerangkan dengan teliti. Pelajar tersebut mengangguk lemah.
No comments:
Post a Comment