Alamak, kantoi pulak bisik hati kecil Asha.
Asha cepat -cepat menutup fb dan tersenyum pada Liza
"Macam mana kau nak lupakan kenangan jika kau terus menerus cuba mengikuti perkembangan dirinya" Liza membebel
"Baca je teori 30 hari membunuh cinta tapi kalau tak ikut, tak menjadi, bukannya teori tu tak berjaya tapi sebab kau tidak praktikkan," Mila pula mencelah dan menunjukkan tanda geram dengan kelakuan Asha.
"Dia yang like status aku, jadi aku pun ter klik lah pada fb dia, "Asha mengakui kesilapannya.
"Ada je alasannya. Bukankah kau kata yang kau mahu jadi kuat?" Liza cuba memujuk Asha.
"Apa kata kau block je dia, padam terus nama dia dalam kehidupan kau. Dia adalah masa silam kau, dan tidak akan ada untuk masa depan," Mila menyusun ayat tapi bunyinya sangat tegas.
"Baiklah kawan-kawan yang tersayang, terima kasih kerana prihatin," balas Asha dengan nada bergurau.
"Rais ajak reunion sabtu ni, nak join tak?" Tanya Liza sambil matanya tidak lekang dari kaca tv, cerita viral tentang lelaki yang berkahwin lebih daripada satu.
"On sahaja," Mila menunjukkan tanda bagus sebagai setuju.
Mila dan Liza memandang Asha menantikan jawapan darinya tetapi dia tidak mengangkat mukanya dari meng scroll telefon bimbit nya.
Lantas Mila membaling bantal kecil dan hampir mengenai Asha.
"Kenapa kau baling bantal ni" marah Asha.
"Kau tak dengar ke Liza tanya tadi?" Suara Mila agak tinggi.
"Maaf, tidak berminat," Asha jawab acuh tak acuh sahaja.
"Kenapa ye setiap kali reunion, kau mengelak tak nak pergi?"
"Aku tak suka apabila mereka bertanya soalan yang sensitif , tak bersedia lagi," jawab Asha sambil berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment