Friday, 4 November 2011

Di manakah aku?

Kejujuran adalah aset yang terpenting dalam perhubungan. Apabila seseorang cuba berselindung, manakan ada tempat di dunia ini? Kita mesti ikhlas dalam membina kepercayaan dan ketulusan supaya semua kepercayaan dibina dan diperkukuhkan. Kita perlu seiring dalam membina persahabatan , adanya gurau senda, kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan yang saling memerlukan antara satu samal lain. Saat bahagia akan datang dan kekal jika kita mengamalkannya. Andai kita terpisah itu ketentuan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT. Pedoman yang menjadi bekalan kita boleh gunakan di saat kita menghadapi dugaan yang tidak terduga. Tangis gembira suka duka menjadi hiasan diri. Perjalanan hidup ini dicahayai dengan pelbagai bintang tetapi kita yang boleh menentukan bintang mana yang paling cantik dan menerangi hidup kita. Hadirnya dirimu menemani diri ini membuatkan aku rasa secubit bahagia, membuatkan aku berhenti dari berlari dan sentiasa ingin menjadi payung kepada dirimu. Tapi selepas aku tahu di mana aku dalam hatimu, aku cuba berlari tanpa cuba menoleh lagi. Cuba memadam mimpi-mimpi semalam yang kerap bertandang. Pengorbanan sempena hari raya aidiladha mengingatkan aku betapa Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anak yang disayanginya demi Allah Tuhan yang Maha Berkuasa. Apatah lagi aku insan dhaif haruslah mengorbankan segalanya demi cinta agung-cinta padaMu, ya Allah.

No comments:

Post a Comment